Ikuti Kami:

Banyak Kebetulan, Drama ‘Lovely Runner’ Dituduh Eksploitasi Kematian Jonghyun SHINee?

Banyak Kebetulan, Drama ‘Lovely Runner’ Dituduh Eksploitasi Kematian Jonghyun SHINee?

Sekian lama menanti, akhirnya “Lovely Runner” bakal bersiaran di tvN tak lama lagi!

“Lovely Runner” membawa kisah watak utama Im Sol (Kim Hye-yoon), yang merupakan peminat tegar idola bernama Ryu Sun-jae (Byun Woo-seok). Walau bagaimanapun, lelaki itu kemudian mengambil nyawanya sendiri, meninggalkan Im Sol terluka.

Pada suatu hari, Im Sol terjumpa jam tangan yang membawanya 15 tahun ke belakang, ketika Ryu Sun-jae masih bersekolah. Oleh itu, gadis tersebut berusaha untuk menghalang kematian lelaki berkenaan untuk mengubah masa depan.

Walau bagaimanapun, drama itu sudah pun menerima kritikan ramai sebelum ia bersiaran. Katanya, peminat K-Pop menempelak tvN kerana sepertinya cuba mengeksploitasi kematian Jonghyun SHINee. Ini kerana tarikh tayangan drama tersebut yang jatuh sama dengan tanggal kematian idola berkenaan.

Menurut peminat, cerita “Lovely Runner” juga dilihat mengambil elemen dari kematian Jonghyun kerana dia juga meninggal dunia selepas mengambil keputusan ekstrem. Malah tahun dan tarikh kematian yang digunakan dalam drama tersebut turut sama dengan peristiwa melibatkan ahli SHINee itu.

tvn lovely runner

Sebelum ini, tvN turut pernah dikritik peminat Jonghyun apabila mereka menggunakan ayat petikan darinya dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay” tanpa memberikan kredit buat mendiang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...