Ikuti Kami:

Banyak Bukti, Pelakon Wanita Ini Dituduh Cuba Dedah Hubungan Cinta Bersama Jimin BTS?

Banyak Bukti, Pelakon Wanita Ini Dituduh Cuba Dedah Hubungan Cinta Bersama Jimin BTS?

Terdapat khabar angin yang bertiup kencang tentang Jimin BTS yang dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Song Da-eun sejak dua tahun lalu.

Khabar angin ini mula tersebar apabila netizen dan beberapa peminat menemui beberapa foto pelakon tersebut berada di lokasi yang sama dan memakai aksesori yang sama seperti bintang K-pop global itu.

Song Da-eun dengan tegas menafikan khabar angin yang tersebar, menjelaskan bahawa dia tidak mengenali Jimin secara peribadi dan dengan jelas meyakinkan peminat bahawa dia tidak mempunyai hubungan romantis dengan ahli BTS tersebut.

Tapi api itu semakin marak apabila wanita itu sepertinya kerap memberikan hint sepertinya dia mempunyai hubungan bersama ahli BTS berkenaan.

song daeun

Ini kerana dia berkongsi foto dua kotak masing-masing dengan nama “Daeun” dan “Jimin”. Selepas foto tersebut dimuat naik, ramai menuduh Song Da-eun sengaja memberi petunjuk bahawa dia sedang bercinta dengan Jimin.

Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi video seseorang berjalan di tepi jeti Taman Brooklyn dan menutup individu tersebut dengan emotikon bunga. Namun, peminat dengan cepat menyedari bahawa video tersebut mirip dengan foto Jimin yang telah dimuat naik oleh V tahun lalu.

Tambahan pula, seorang peminat juga memuat naik video lain yang dimuat naik oleh Song Da-eun di mana dia kelihatan seperti berada di dalam rumah Jimin, dek reka bentuk dalaman yang sama.

song daeun

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak dilihat lebih senang mendiamkan diri selepas isu ini menjadi bualan hangat semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Aju Kyungje

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.