Ikuti Kami:

“Saya Sayang Awak” – Update Kehidupan Di Kem Tentera, Jimin BTS Tulis Surat Buat Peminat

“Saya Sayang Awak” – Update Kehidupan Di Kem Tentera, Jimin BTS Tulis Surat Buat Peminat

Ada yang rindu Ji-min?

Pada 17 Januari, Ji-min berkongsi surat kepada peminat kesayangan, ARMY, di Weverse. Semestinya peminat berasa teruja untuk mendengar khabar berita daripada ahli BTS yang sedang menjalani latihan ketenteraan itu. Tulisan surat Ji-min berbunyi,

Kepada ARMY.

Adakah anda sihat?

Esok adalah hari saya bakal menamatkan kem latihan asas. Sebulan sudah berlalu, ada masanya rasa macam lama. Dengan Jung-kook di sisi saya, ada kalanya ia terasa cepat masa berlalu.

Ia tidak lama, tetapi saya sudah sangat merindui awak. Saya meluangkan masa bercakap dengan ahli melalui telefon. Jung-kook juga bekerja keras dalam tentera. Prestasi dia sangat baik dalam latihan, kami sentiasa bersama, dan dia memberi saya banyak sokongan dan kekuatan.

Saya akan pergi ke pangkalan tidak lama lagi, dan akan menyesuaikan diri serta melakukannya dengan baik.

ARMY, sila jangan sakit, makan dengan baik, dan sentiasa berfikiran positif.

Bagaimanapun, nanti saya akan menulis kepada awak apabila saya pulang ke rumah.

saya sayang awak.

JIMIN.

Surat jimin bts kepada ARMY

Untuk pengetahuan, pada 12 Disember tahun lalu, Ji-min telah mendaftar sebagai askar tugasan aktif dalam tentera untuk memenuhi kewajipan perkhidmatan ketenteraan mereka dan dijangka habis pada Jun 2025.

Comel je hubungan ARMY dengan ahli BTS ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...