Selepas 14 episod, drama “The Good Bad Mother” telah pun melabuhkan tirainya.
Terbaru, salah seorang pelakon utama drama itu iaitu Ahn Eun-jin, telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya “The Good Bad Mother”.
Siapa yang menonton drama tersebut pasti tahu bahawa Ahn Eun-jin ada banyak adegan cium dan intim bersama Lee Do-hyun. Ketika sesi temu bual, wanita itu berkata,
Terdapat banyak ciuman. Kami mengikuti skrip dan ada beberapa yang kami tambah. Oleh kerana kami sudah lama kenal antara satu sama lain, kami mempunyai rasa keintiman dalam adegan itu.
Tambahnya lagi,
Daripada mempunyai suasana yang janggal, kami mahu menunjukkan kasih sayang fizikal yang semula jadi, kerana kami sangat selesa antara satu sama lain.
Kemudian, Ahn Eun-jin ada menyebut nama Lim Ji-yeon, yang juga merupakan teman wanita kepada Lee Do-hyun. Dia secara bergurau memberitahu,
Ada banyak babak ciuman tetapi saya tidak menerima sebarang panggilan dari Lim Ji-yeon.
Lim Ji-yeon mesti relaks je~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉