Ikuti Kami:

Bang Yedam Jadi Mangsa, Pelakon Ini Dikritik Muat Naik Gambar Rakan Sedang Buat Se*s

Bang Yedam Jadi Mangsa, Pelakon Ini Dikritik Muat Naik Gambar Rakan Sedang Buat Se*s

Pelakon Lee Seo-han telah mengeluarkan kenyataan mengenai video yang kelihatan tidak senonoh yang diposnya di Instagram.

Pada awal pagi kelmarin, pelakon itu telah memuat naik video Instagram Story di mana kelihatan seperti seorang wanita dan lelaki sedang berkelakuan seksual di atas sofa. Walau memadam klip berkenaan selepas sejam dimuat naik, ramai yang memarahi Lee Seo-han kerana ramai yang menganggap video itu dirakam secara haram tanpa persetujuan pihak yang dirakam.

Malah ada yang perasan bilik di mana video itu dirakam kelihatan seperti studio dimiliki oleh bekas ahli TREASURE, Bang Ye-dam.

Ketika kontroversi kian panas, Lee Seo-han memuat naik kenyataan ringkas di mana dia mengesahkan bahawa video itu telah dirakam di studio Bang Ye-dam, kemudian memohon maaf kepada kedua-dua Bang Ye-dam dan peminatnya.

lee seohan

Pelakon itu juga mendakwa bahawa video itu adalah “jenaka antara rakan lelaki.”,

Saya memohon maaf kerana menyebabkan kebimbangan kepada orang yang menonton video tersebut, dan saya akan berhati-hati [di masa akan datang].

Untuk pengetahuan, Lee Seo-han baru sahaja memulakan karier lakonan pada 2021 dengan drama web “Movie Without A Place”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...