Ikuti Kami:

Bakal Tayang Separuh Kedua 2023, ‘The Uncanny Counter 2: Counter Punch’ Bakal Disertai Pelakon Baru

Bakal Tayang Separuh Kedua 2023, ‘The Uncanny Counter 2: Counter Punch’ Bakal Disertai Pelakon Baru

Rasanya ramai dah tak sabar menantikan musim kedua “The Uncanny Counter” kan?

Menerusi kemas kini terbaru tvN, siri itu akan kembali secara rasmi pada separuh kedua 2023 di bawah slot Sabtu-Ahad di saluran itu.

Dengan lima teraju utama asal iaitu Jo Byeong-gyu, Yoo Joon-sang, Kim Se-jeong, Eom Hye-ran dan Ahn Seok-wan, mereka akan kembali bergabung sebagai keluarga yang menjalankan restoran pada siang hari dan mengajar roh jahat di malam hari.

uncanny counter 2Pun begitu, musim terbaru ini akan memperkenalkan wajah baru di mana akan ada ahli baru kumpulan itu selain dua antagonis lain termasuklah kuasa yang semakin hebat dan babak aksi yang lebih dinamik dari sebelum ini.

Pelakon baru ini terdiri daripada Jin Sun-kyu sebagai bomba yang pernah menyelamatkan So-mun (Jo Byeong-gyu), Kang Ki-young sebagai roh jahat bernama Pil-kwang, Kim Hieora sebagai si jahat Gallie manakala Yoo In-soo sebagai ahli counter baru bernama Jeok-bong.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...