Yay! Akhirnya dah nak dekat ek tarikh siaran “Season of Kkokdu”!
Baru-baru ini satu sesi pembacaan skrip bagi “Season of Kkokdu” diadakan bagi persiapan sebelum drama itu disiarkan.
Turut hadir adalah para pelakon utama antaranya, Kim Jung-hyun, Im Soo-hyang, Kim Da-som, Ahn Woo-yeon, Kim In-kwon dan juga Cha Chung-hwa. Drama yang dijangka bakal bersiaran pada 27 Januari tahun hadapan itu, mengisahkan mengenai malaikat maut yang terpaksa meluangkan masa selam 49 hari di dunia. Dalam pada itu, pelakon utama Kim Jung-hyun sempat berkongsi pandangannya bagi drama tersebut. Dia berkata,
Hello semua. Saya Kim Jung-hyun yang bakal membintangi “Season of Kkokdu”. Saya bakal menemui anda semua tidak lama lagi dan saya akan cuba yang terbaik untuk membuat watak saya lebih menyerlah. Saya akan bekerja keras!
https://twitter.com/deeliciouskjh/status/1599588300104568835?s=52&t=4NQkXB_zJ9-g1Mg1YXMHGg
Tak lama dah ni nak masuk Januari! Nantikan okey!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.