Ikuti Kami:

Dasom SISTAR Sertai Kim Junghyun & Im Soohyang Dalam Drama ‘The Season Of Kokdu’

Dasom SISTAR Sertai Kim Junghyun & Im Soohyang Dalam Drama ‘The Season Of Kokdu’

Dasom kini bakal kembali dalam drama terbaru di samping dua pelakon terkenal!

Terbaru, Dasom telah disahkan bakal tampil dalam drama MBC, “The Season of Kokdu” di samping pelakon Kim Jung-hyun dan Im Soo-hyang.

Agensi Dasom berkata,

Kim Dasom akan menemui anda semua dengan memegang watak sebagai Tae Jung-won dalam drama “The Season Kokdu”. Kami mohon sokongan anda semua. 

im soohyangDrama ini mengisahkan mengenai percintaan fantasi yang mengisahkan mengenai Kokdu, lakonan Kim Jung-hyun seorang penuai yang turun ke Bumi setiap 99 tahun untuk memiliki tubuh manusia untuk menjaga roh dari mayat mereka ke alam nyata.

Dia kemudiannya bertemu dengan Han Gye-jeol iaitu lakonan Im Soo-hyang, yang merupakan seorang doktor yang mempunyai perubahan dalam kehidupan sehariannya selepas bertemu Kok Du. dasomDasom akan membawa watak sebagai Tae Jung-won, seorang pelajar yang merupakan graduan daripada sekolah perubatan terkemuka negara dan sentiasa di tempat pertama. Mempunyai kecantikan dan latar belakang keluarga yang luar biasa, Tae Jung-won sering dicemburui ramai.

Wah, menariknya watak-watak dorang!

Nantikan drama ni okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...