Ikuti Kami:

Bakal Suami Dituduh Sebabkan Kematian Pesakit, IG Hani EXID Dipenuhi Kata Makian

Bakal Suami Dituduh Sebabkan Kematian Pesakit, IG Hani EXID Dipenuhi Kata Makian

Apa cerita dengan bakal suami Hani EXID, Dr Yang Jae-woong?

Terbaru, lelaki tersebut dituduh lalai dan menyebabkan kematian seorang pesakit di hospitalnya.

Katanya seorang wanita yang mengalami masalah ketagihan pil diet yang mengandungi kandungan narkotik telah meninggal dunia selepas 17 hari dimasukkan ke hospital milik Yang Jae-woong.

Wanita dikhabarkan mengadu sakit abdomen beberapa kali namun dikurung oleh doktor dan jururawat di dalam bilik tertutup dan perlu dipegang erat ketika diberikan ubat. Walaupun hidung pesakit itu mula berdarah dan kesesakan nafas, tiada bantuan perubatan diberikan dan dia ditinggalkan seorang diri di dalam bilik itu.

Menurut laporan, wanita itu kemudiannya meninggal dunia atas diagnosis ‘usus tersumbat’. Keluarga mangsa kemudian mendedahkan mengenai kejadian itu pada umum dan memberitahu tentang rawatan yang diterima di hospital milik lelaki berkenaan.

Tak lama selepas itu, Yang Jae-woong memuat naik permohonan maaf dan menyatakan dia akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan hal tersebut selain bertanggungjawab dengan staf hospital yang terlibat.

hani yang jaewoong

Sebelum ini, doktor tersebut telah mengumumkan bahawa dia baakal berkahwin dengan Hani EXID. Disebabkan oleh kejadian ini, ramai yang mula meninggalkan komen kritikan di Instagram idola itu di mana dia diminta untuk memikirkan semula mengenai perkahwinan berkenaan.

Nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...