Hampir 3 Tahun Bercinta, Hani EXID Dilapor Bakal Berkahwin Pada September Ini
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Terbaru pada 31 Mei, terdapat khabar angin menyatakan bahawa Hani EXID akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Yang Jae-woong.
Menurut laporan, pasangan yang telah mendedahkan hubungan mereka kepada umum sejak 2022, akan berkahwin pada bulan September nanti.
Bagaimanapun, agensi wanita itu dengan cepat memberi respon,
Sukar untuk mengesahkannya kerana ia adalah hal peribadi artis.
Sementara itu, mereka mempunyai jarak umur sebanyak 10 tahun, dengan Hani yang dilahirkan pada tahun 1992 dan teman lelakinya pula pada 1982.
Pada November lalu, mereka juga turut meraikan hari ke-999 bersama, dengan memuat naik foto mesra di laman Instagram.
Kalau betul, tahniah!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




