Ikuti Kami:

Bakal Sertai Latihan Tentera, Nam Joohyuk Selesai Penggambaran Siri Disney+ ‘Vigilante’

Bakal Sertai Latihan Tentera, Nam Joohyuk Selesai Penggambaran Siri Disney+ ‘Vigilante’

Bakal sertai latihan tentera tak lama lagi, Nam Joo-hyuk nampaknya sudah pun selesai menjalani penggambaran untuk drama terbarunya.

Terbaru, Nam Joo-hyuk dilaporkan sudah selesai lebih awal penggambaran untuk semua babaknya dalam drama Disney+ akan datang, berjudul “Vigilante”. Manakala pelakon lain masih dalam proses penggambaran peringkat akhir.

Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Nam Joo-hyuk telah menyelesaikan semua penggambaran.

Untuk pengetahuan, Nam Joo-hyuk menyelesaikan penggambarannya lebih awal kerana dia merancang untuk sertai latihan tentera pada Disember ini namun, tiada notis yang diberikan lagi setakat ini.

nam joohyuk

Dalam pada itu, “Vigilante” membawa kisah Kim Ji-yong (Nam Joo-hyuk) iaitu seorang pemburu penjenayah yang kehilangan ibunya kerana perbuatan penjahat kejiranan semasa dia kecil. Apabila dia menyertai institusi kepolisan untuk menjejaki pembunuh tersebut, dia turut menghukum penjenayah pada saban minggu selain menunding jari terhadap norma masyarakat di mana penguatkuasaan undang-undang sangat baik buat pesalah.

“Vigilante” juga dijadualkan untuk tayang pada 2023 nanti. Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...