Korang dah bersedia untuk single baru J-Hope BTS?
BACA: Tahniah! J-Hope BTS Dipilih Jadi Duta Buat Jenama Mewah Perancis ‘Louis Vuitton’
Terbaru, BigHit Music telah mengumumkan bahawa J-Hope BTS akan menyertai perkhidmatan tentera tidak lama lagi.
Sebagai hadiah kepada peminat, ahli BTS itu bakal mengeluarkan single baru “On The Street” pada 3 Mac ini.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari yang dikeluarkan oleh BigHit Music,
Helo,
Ini adalah BigHit Music.
Kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa ahli BTS iaitu J-Hope akan mengeluarkan single solonya ‘On The Street’.
J-Hope menulis lagu itu untuk berkongsi perasaan jujurnya terhadap peminatnya. Tajuk ‘On The Street’ merujuk kepada bagaimana perjalanan J-Hope—tarian jalanan—dari mana impiannya untuk menjadi seorang artis bermula, dan laluan dimana artis dan peminatnya akan terus berjalan bersama.
Kami berharap bahawa J-Hope ‘On The Street’ merupakan hadiah yang bermakna kepada semua orang yang menyokong artis itu. Sila nantikan lagu baharu J-Hope!
Tarikh dan masa keluaran: 2 P.M, Jumaat, 3 Mac 2023 (KST)
Menurut agensi tersebut, lagu baru ini adalah hadiah terakhir J-Hope buat peminatnya sebelum menyertai perkhidmatan kententeraan.
Fighting J-Hope!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉