Bakal memasuki musim ketiga, ramai yang terkejut mendengar berita mengenai pengunduran dua pelakon utama “Love (ft. Marriage And Divorce”).

Menurut sumber industri, pelakon dan pihak produksi drama itu telah mengadakan sesi pembacaan skrip pertama untuk musim ketiganya pada 22 Oktober lalu. Walaubagaimanapun, Sung Hoon dan Lee Tae-gon dikhabarkan tidak menghadirinya.
Khabarnya, dua pelakon lelaki itu tidak dapat menyertai musim baru selepas tamat musim kedua tempoh hari. Oleh sebab itu, akan ada pelakon lain yang menggantikan watak mereka iaitu Shin Yu-sin dan Pan Sa-hyun. Manakala pelakon lain akan meneruskan watak mereka seperti biasa.
Dalam pada itu, penggambaran pertama akan berlangsung pada bulan hadapan.
Drama ini membawakan kisah masalah perkahwinan tiga pasangan suami dan isteri yang berada pada peringkat hidup berbeza. Ternyata popular semasa tayangannya, naskhah ini memegang rekod sebagai drama dengan rating tertinggi dalam sejarah saluran TV Chosun.
Dah sedia ke nak tengok musim ketiga “Love (ft. Marriage And Divorce”)?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.