Ikuti Kami:

Ending Plot Twist Raih Rating Terbaik, Musim Ke-3 ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’ Kini Dalam Persiapan?

Ending Plot Twist Raih Rating Terbaik, Musim Ke-3 ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’ Kini Dalam Persiapan?

Setelah dua musim memporak-perandakan pemikiran penonton, akhirnya semua bertenang selepas “Love (ft. Marriage And Divorce) 2” menamatkan siaran semalam.

Ending mengelirukan

[Amaran SPOILER]

Penonton nyata terkesima menonton pengakhiran “Love (ft. Marriage And Divorce) 2” dek kombinasi pasangan yang tidak disangka.

Melompat ke beberapa tahun kemudian, kesemua mereka dilihat menuju ke perkahwinan yang berbeza. Di mana Park Sa-hyun (Sung Hoon) bersama A-mi (Song Ji-in), Seo Ban (Moon Sung-ho) dengan Song Won (Lee Min-young) manakala Seo Dong-ma (Bu Bae) bersama Sa Pi-young (Lee Joo-mi).

Lebih menghairankan apabila Ji-a (Park Seo-kyung) mula menyerang Kim Dong-mi (Kim Bo-yeon) selepas dia digambarkan seperti dirasuk oleh roh Shin Ki-rim (No Ju-hyeon).ending love (ft. marriage and divorce) 2

Rating tinggi

Ternyata popular, rating episod terakhir “Love (ft. Marriage And Divorce) 2” berjaya mencipta rekod peribadi malah turut melakar sejarah bagi saluran TV Chosun. Untuk episod terkahir itu, drama ini telah mencatat rating sebanyak 16.582%.

Musim ketiga?

Disebabkan oleh pengakhiran yang langsung tidak dijangkakan, penonton merasakan bahawa akan ada musim ketiga bagi menjelaskan semua ini.

Menurut sumber industri, “Love (ft. Marriage And Divorce) 3” sudah pun dalam perancangan dan akan menemui penonton sekitar musim panas 2022. Ia mengambil masa yang lama untuk ditayangkan kerana jadual para pelakon yang padat selepas musim kedua ini tamat.love (ft. marriage and divorce) 2Katanya, musim akan datang bakal memberikan fokus kepada pendedahan mengejutkan ketika ending “Love (ft. Marriage And Divorce) 2”.

Tak lama kemudian, pihak produksi drama ini turut mendedahkan bahawa jadual produksi dan pelakon sedang disusun kini untuk musim ketiga nanti. Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat memberikan tarikh spesifik tayangannya.

Fuhh.. tak relaks betul drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...