Nampaknya ada berita gembira buat peminat Kim Seon-ho di Malaysia!
Terbaru, lelaki itu dikhabarkan akan meriliskan ‘2024 Photobook’ di mana ia akan memaparkan pelbagai koleksi foto pelakon popular berkenaan.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah terdapat previu gambar Kim Seon-ho semasa melawat Dataran Merdeka pada tahun lalu ketika menghadiri ‘2023 KIM SEON HO ASIA TOUR in KUALA LUMPUR <ONE, TWO, THREE. SMILE>.
Kim Seonho 2024 Photo Book preview features Seonho at Dataran Merdeka !
🔗 https://t.co/kzJuGj7x6l#KimSeonHo #김선호 #KIMSEONHOMY pic.twitter.com/DFA89g2kWz
— Kim Seonho Malaysia ◡̈ (@kimseonhomy) May 13, 2024
Komen peminat tempatan yang teruja,
- Wehhhh nak beli.
- Saja la tu letak gambar previu kat Dataran Merdeka sebab nak pancing peminat Malaysia.
- Bangganya ada gambar kat Dataran.
- Boleh peminat reka balik gambar macam Seon-ho kat Dataran Merdeka nanti.
Tak sabar nak beli!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.