Siap sedia semua untuk pelbagai kandungan menarik Disney+ yang akan menampilkan artis di bawah HYBE Labels!
Pada 12 Julai, HYBE Labels telah mengumumkan kolaborasi global dengan Disney+ Asia-Pasifik untuk pengedaran kandungan K-Pop dan Korea di seluruh dunia. Dalam video promosi yang dimuat naik, ahli BTS menyampaikan berita perkongsian HYBE dengan Disney+.
Menurut agensi, sejumlah 5 video produksi HYBE akan tersedia di seluruh dunia melalui Disney+ mulai tahun 2022. Pertama, video imbasan konsert BTS ‘Permission to Dance on Stage – LA’, yang berlangsung pada November 2021 di Stadium SoFi di Los Angeles, akan temui penonton secara eksklusif melalui Disney+ dalam kualiti 4K.
https://twitter.com/DisneyE_Studios/status/1546637309067628549
Kedua, rancangan hiburan “IN THE SOOP : Friendcation” yang disertai V BTS, Park Seo-joon, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik, dan Peakboy juga akan tersedia di seluruh dunia menerusi Disney+.
Ketiga, dokumentari BTS bertajuk “Monuments : Beyond The Star” akan datang secara eksklusif ke Disney+ pada tahun 2023. Dokumentari itu merakamkan masa lalu, masa kini dan masa depan BTS dalam tempoh hampir 9 tahun, serta temu bual dengan setiap ahli tentang perjalanan mereka dalam industri hiburan.
Setakat ini, dua lagi kandungan keluaran HYBE yang akan disiarkan di Disney+ belum didedahkan.
Sama-sama kita nantikan!