YG Entertainment umum bakal adakan “National Audition Tour”?

Bersedia semua! YG Entertainment bakal memulakan pencarian bagi rookie generasi baru! Peserta yang terpilih akan dilatih sehingga berupaya meneruskan legasi kejayaan nama-nama hebat seperti BLACKPINK, WINNER, BIG BANG dan ramai lagi!
Melihat kepada kenyataan itu, YG Entertainment turut memberi pengesahan daripada pihak mereka.
Kami akan mengadakan “2023 YG National Audition Tour” bermula daripada 7 Januari sehingga 12 Februari 2023.
Ini sekaligus menandakan bahawa ujibakat terbaru yang pertama diadakan sejak ujibakat terakhir pada 4 tahun lalu, iaitu “National Tour With Audition Truck”.
YGエンタ、2023/1/7~2/12に「2023 YG National Audition Tour」開催を発表。。
●大田、大邱、光州、釜山、ソウルで6回の…速報ランキング⇒ https://t.co/mc9qWCoA44 pic.twitter.com/evCpGfs5Bf
— 韓流ツイッター (@kor_celebrities) December 7, 2022
Antara tempat-tempat yang terlibat adalah merupakan 5 bandar besar seperti, Dae-jeon, Dae-gu, Gwang-ju, Busan dan juga Seoul. Sasaran pengambilan YG Entertainment adalah golongan muda yang lahir pada 2004 sehingga 2012, tanpa mengira jantina atau kewarganegaraan.
Namun, bagi mereka yang mempunyai kontrak dengan sebarang agensi, tidak boleh menyertai ujibakat kali ini kerana ianya bakal menyukarkan proses pemilihan. Pemohon boleh memilih satu bidang yang mereka mahir sama ada vokal, rap, tarian ataupun visual.
Wah, selamat jalani ujibakat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.