Ikuti Kami:

“Saya Sering Dimarahi..” – G-Dragon Kongsi Kisah Ketika Jadi Pelatih Di YG Entertainment

“Saya Sering Dimarahi..” – G-Dragon Kongsi Kisah Ketika Jadi Pelatih Di YG Entertainment

Baru-baru ini, G-Dragon BIGBANG telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea.

Ketika sesi temu bual, G-Dragon berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang pemuzik bersama ahli BIGBANG yang lain. Kongsinya,

Apabila saya mula-mula memasuki YG, ia tidak seperti sistem yang mereka ada sekarang. Saya menghabiskan tempoh pelatih semasa bersekolah dan sering dimarahi. Apabila saya melihat ke belakang, itulah saat yang paling menyeronokkan, paling sukar, tetapi juga paling bersemangat. Setiap hari penuh dengan cita-cita dan tenaga.

Kemudian, idola kesayangan ramai itu turut bercakap tentang impiannya kini,

Tidak kira apa keputusannya, selagi keadaan mengizinkan, saya akan terus bekerja secara senyap di tempat yang sama. Itu pasti akan dikongsi.

g-dragon

Jelasnya lagi,

Saya ingin berkongsi diri saya seadanya, termasuk apa yang saya rasa cantik dan baik, serta emosi yang saya rasa. Percubaan yang saya lakukan sehingga sekarang dan yang akan saya tunjukkan pada masa hadapan adalah impian lama yang membolehkan saya berada di sini hari ini.

Untuk pengetahuan, G-Dragon merupakan salah satu daripada enam selebriti yang menjadi muka depan untuk keluaran khas majalah Elle Korea, sempena ulang tahun ke-30 mereka.

elle korea 30th anniversary

Selebriti lain yang turut menjadi bintang muka depan majalah Elle Korea untuk bulan November adalah Jennie BLACKPINK, Park Seo-joon, Kim Go-eun, Lee Sung-kyung dan Gong Yoo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...