Ikuti Kami:

Bakal Jadi Tetamu ‘Weekly Idol’, WJSN Siap Sedia Untuk Comeback

Bakal Jadi Tetamu ‘Weekly Idol’, WJSN Siap Sedia Untuk Comeback

Kumpulan penyanyi WJSN kini kembali membuat kemunculan semula dan menghangatkan industri!

WJSN baru-baru ini dikhabarkan baru sahaja selesai rakaman program rancangan hiburan “Weekly Idol” terbitan MBC. Penampilan mereka dalam program rancangan hiburan tersebut sekaligus menandakan permulaan untuk aktiviti comeback mereka.

Setelah hampir setahun sejak karya WJSN iaitu album “UNNATURAL”, WJSN kini bakal kembali melancarkan single istimewa “SEQUENCE” pada 5 Julai akan datang. Lagu “Last Dance” dari album “UNNATURAL” sebelum ini, berjaya melonjakkan lagi nama WJSN yang mempamerkan konsep eksklusif dan berlainan melalui lagu tersebut.

Dalam pada itu, comeback kali ini sangat dinantikan peminat setelah WJSN sebelum ini berjaya menjuarai pertandingan nyanyian MNET, “Queendom 2”. Gelaran “Queen” berjaya diraih oleh mereka setelah lagu yang dihasilkan oleh Exy, iaitu “AURA” dinyanyikan pada pertandingan akhir tersebut. Jangkaan daripada peminat secara global terus melonjak naik apabila mereka kini mendapat perhatian yang meluas. WJSNKemunculan WJSN dalam episod keenam rancangan hiburan “Weekly Idol” kali ini, mereka dijangka mempamerkan comeback yang mengujakan dan lebih banyak persembahan berkualiti sebagai artis hiburan.

Korang teruja tak untuk comeback WJSN? Nantikan penampilan mereka dalam rancangan “Weekly Idol”  akan datang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...