Ikuti Kami:

Bakal Jadi Mangsa Buli, Bona Dilamar Terajui Drama ‘Pyramid Game’

Bakal Jadi Mangsa Buli, Bona Dilamar Terajui Drama ‘Pyramid Game’

Nampaknya ada drama baru lagilah dari Bona!

Terbaru, salah seorang ahli dari kumpulan WSJN iaitu Bona telah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah drama berjudul “Pyramid Game”.

Menurut agensinya, Bona sedang menyemak tawaran untuk membintangi drama tersebut.

Pelakon kami iaitu Bona sedang menyemak tawaran untuk berlakon dalam drama ‘Pyramid Game’.

Untuk maklumat korang, “Pyramid Game” ini merupakan drama adaptasi webtoon dengan genre thriller. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan di sekolah menengah perempuan Baekyeon dimana setiap pelajar akan dinilai melalui populariti mereka. Jika salah seorang pelajar disitu menerima gred F, mereka akan menjadi mangsa buli di sekolah itu.

bona wsjn

Jika Bona menerima tawaran ini, dia akan memainkan watak utama dalam drama itu sebagai Sung Soo-ji, seorang pelajar yang sering berpindah-randah. Dalam drama itu, watak Sung Soo-ji akan menjadi sasaran permainan piramid sebaik sahaja dia melangkah masuk ke sekolah menengah perempuan Baekyeon dan menjadi mangsa buli di sekolah tersebut.

Sekadar info, pelakon itu juga akan membintangi drama “Joseon Attorney” yang bakal ditayangkan pada 31 Mac ini.

Tak sabarnya nak tunggu drama baru dari Bona!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...