Meski Sibuk Dengan Konsert, Jisoo BLACKPINK Hantar Trak Kopi Ke Set Drama Bona WJSN
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Meskipun sibuk dengan konsert jelajah dunia, Ji-soo BLACKPINK nampaknya setia memberikan sokongan buat sahabatnya.
Terbaru, Bona WJSN telah berkongsi foto dirinya berdiri di hadapan trak kopi, yang dihantar oleh Ji-soo ke set dramanya “Joseon Lawyer”.
Meluahkan rasa syukur kepada Ji-soo, Bona menulis,
Walaupun tengah sibuk dengan jelajah dunia, awak tetap mengejutkan saya dengan trak kopi dan makanan. Saya sangat bertuah dapat bertemu dengan awak dalam hidup saya.
Selain itu, Ji-soo turut menulis di sepanduk trak kopi yang dihantar,
Selamat maju jaya Yeon-joo (nama watak Bona). Semoga berjaya ‘Joseon Lawyer’~ Selamat menjalani penggambaran dan mari berjumpa lagi nanti~ Saya rindu awak.

Dalam pada itu, “Joseon Lawyer” yang diterajui Bona dan Woo Do-hwan, membawa kisah yang menyegarkan dan hangat tentang Kang Han-soo, seorang peguam yang membuat tindakan undang-undang yang dirancang dan mengambil kesempatan daripada hati mangsa yang tidak bersalah. Dia kemudian berkembang menjadi seorang peguam keadilan sebenar apabila dia secara tidak disangka-sangka mendapat pujian sebagai penyelesai masalah, penyelamat dan wira oleh orang.
So supportive la Ji-soo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




