Ikuti Kami:

Bakal Isteri Chansung 2PM Dilapor Berusia 40-an, JYP Entertainment Beri Respon

Bakal Isteri Chansung 2PM Dilapor Berusia 40-an, JYP Entertainment Beri Respon

Umum mengetahui bahawa Chansung 2PM bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi bersama seorang wanita bukan selebriti selain sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Terbaru, sebuah portal media telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai identiti wanita yang berjaya merebut hati idola itu. Khabarnya, wanita itu sudah pun memasuki usia 40-an dan 8 tahun lebih tua daripada Chansung (32).

Dalam perkongsian itu lagi, pasangan itu sebenarnya mahu melangsungkan perkahwinan pada awal tahun ini namun terpaksa berunding dengan lebih lama memandangkan situasi COVID-19 yang tak menentu.

chansung 2pm

Malah kedua mereka sudah pun 5 tahun bercinta selain wanita itu berasa risau dengan kandungannya kini memandangkan dia sudah mencecah usia 40 tahun.

Selepas laporan itu berterbangan, JYP Entertainment yang merupakan bekas agensi Chansung telah mengeluarkan kenyataan di pihaknya,

Kontrak eksklusif kami bersama Chansung sudah pun tamat baru-baru ini. Sila faham bahawa pertanyaan mengenai artis adalah peribadi dan sukar untuk disahkan.

Semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...