Ikuti Kami:

Tahniah! Chansung 2PM Umum Bakal Berkahwin & Timang Anak Pertama Nanti

Tahniah! Chansung 2PM Umum Bakal Berkahwin & Timang Anak Pertama Nanti

Berita gembira buat dunia K-Pop hari ini! Chansung dari kumpulan 2PM mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin dan menimang cahaya mata pertama tak lama lagi.

Kongsi idola dan pelakon itu menerusi Instagram, dia sudah lama menjalinkan hubungan dengan kekasihnya,

Semasa sedang mempersiapkan dan merancang perkahwinan dengannya selepas selesai latihan ketenteraan, keberkatan datang awal daripa yang dijangka. Kami bercadang akan berkahwin seawal tahun hadapan.

Tambahnya lagi,

Kontrak saya bersama JYP Entertainment, di mana saya sudah naungi selama 15 tahun akan tamat Januari ini. Saya melalui perbincangan mendalam dengan syarikat mengenai jalan yang dimahukan saya termasuklah keluarga baru yang akan bersama saya, dan kami mencapai keputusan untuk tidak menyambung kontrak ini. Keputusan ini dibuat menerusi komunikasi dengan masa hadapan saya diletak sebagai keutamaan dan syarikat mendoakan masa hadapan yang cerah buat saya.

chansung 2pm

Dalam pada itu, Chansung memohon maaf kepada peminat kerana berita mengejut ini namun berjanji akan terus menunjukkan sisi yang baik sebagai ahli termuda 2PM dan pelakon.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...