Kumpulan wanita mendaki Gunung Kilimanjoro? Biar betul…

Menurut sumber sebelum ini, penampilan Yoo Eun-hye, UEE, Hyo-jung dan Son Ho-jun telah disahkan dalam program realiti, “Once in Life, Kilimanjoro”.
“Kilimanjoro” merupakan satu program realiti terbaru yang diterbitkan oleh produksi yang sebelum ini menerbitkan “Women in Mountain Mountaineers”, dan ianya mengisahkan mengenai proses perjalanan kumpulan artis ini mendaki Gunung Kilimanjoro.Para artis yang terlibat juga dikatakan sudah bersiap sedia dengan menjaga keaadan kesihatan mereka dengan baik. Kesemua mereka ini, turut dipilih atas sebab yang sama. Yoon Eun-hye sebenarnya mempunyai pengalaman yang kurang mengenai pendakian dek kerana dia mengalami masalah kesihatan tekanan darah rendah sejak kecil, namun dia pernah mendaki Gunung Buram bersama rakan.
tvN shares first teaser of reality show #Kilimanjaro that will feature #YoonEunHye #SonHoJun #UEE & #OHMYGIRL #Hyojung trying to hike the highest mountain in Africa.
First ep airs on 29 October#KoreanUpdates RZ pic.twitter.com/7j96SEebMz
— KoreanUpdates! (@KoreanUpdates) October 4, 2022
Manakala, UEE pula dikenali kerana mempunyai badan yang sihat dan juga gemar melakukan senaman serta mendaki. Bukan itu sahaja, Hyo-jung juga terkenal dek kerana dia merupakan antara artis yang menerima jolokan ‘pencinta mendaki gunung’.
Tak sabarnya nak tengok dorang mendaki!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.