Ikuti Kami:

Ini 10 Idola ‘Generasi Ke-2’ Popular Dek Bakat Lakonan Hebat

Ini 10 Idola ‘Generasi Ke-2’ Popular Dek Bakat Lakonan Hebat

Siapa kat sini yang masih meminati idola generasi ke-2?

Walaupun kumpulan idola tersebut mula debut pada tahun 2006, namun terdapat beberapa idola dari kumpulan itu, mula berkecimpung dengan dunia lakonan. 16 tahun berlalu, namun mereka masih kekal relevan hingga kini kerana mereka masih menerima sambutan dan sokongan yang hebat menerusi kedua-dua karier, nyanyian dan lakonan. Jom kita tengok idola generasi ke-2 mana yang masih relevan hingga kini.

1. Choi Siwon (Super Junior – 2007)

Memulakan karier lakonan pada tahun 2007 menerusi drama “Attack on the Pin-Up Boys” bersama ahli Super Junior yang lain. Dalam tahun yang sama dia turut membintangi dua episod bagi siri “Legend of Hyang Dan”.

Mula menjadi perhatian umum apabila dia membintangi drama romantik komedi, “Oh! My Lady”. Dalam tahun yang sama, dia turut membintangi drama bersiri “Athena: Goddes of War” yang merupakan spin-off bagi drama hit, “Iris” pada 2009.

Antara drama lain yang berjaya melonjakkan lagi namanya adalah, “She Was Pretty”, “Revolutionary Love” dan banyak lagi. Kebolah berlakon Si-won juga menjadi antara sebab utama dia juga sering tampil dalam program rancangan hiburan. Bukan setakat tampan, berbakat betul Si-won kan?

siwon2. Im Yoona (Girls’ Generation – 2008)

Dalam kelapan-lapan ahli kumpulan Girls’ Generation, Yoona antara ahli yang paling menyerlah sebagai pelakon. Kebolehan lakonannya tidak dapat dipertikaikan lagi, dek kerana dia kini menjadi rebutan banyak produksi.

Bermula dengan debut dramanya, “You Are My Destiny” pada 2008, sehingga drama hitnya yang terkini, “Big Mouth” dan filem sekuel “Confidential Assignment 2: International”, terbukti karier lakonannya semakin menonjolkan sisi lainnya sebagai pelakon.

yoona3. Ok Taecyeon (2PM – 2010)

Walaupun Junho adalah ahli yang paling terkenal dalam kalangan ahli 2PM yang lain, namun Taec-yeon adalah ahli pertama yang berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri lakonan. Selepas memulakan kerjaya dengan lakonannya yang pertama dalam “Cinderella’s Sister” pada 2010, Taecyeon terus menunjukkan bakat lakonan sebagai Jin-gook menerusi drama “Dream High” pada tahun 2011.

Dia makin menjadi bualan umum apabila mula tampil dalam drama seperti “Who Are You?”, “Bring It On, Ghost” “Save Me” dan siri hit Netflix, “Vincenzo”. Terus meraih pujian dengan lakonan yang berjaya dengan membawa pelbagai watak, Taecyeon nyatanya mampu membina karier dalam dunia lakonan serta nyanyian.

taecyeon4. Uee (After School – 2009)

Selain ahli After School yang lain, Nana, Lizzy, Lee Joo-yeon, Yoon Soo-young dan Lee Ga-eun yang turut aktif sebagai pelakon, namun Uee merupakan antara ahli yang paling menjadi rebutan produksi.

Uee mula debut dalam dunia lakonan pada 2009 menerusi drama “Queen Seondeok”. Dek kerana bakat lakonannya makin dikenali, dia berpeluang untuk tampil dalam “You’re Beautiful” pada tahun berikutnya. Sehingga kini, Uee berjaya meraih perhatian menerusi drama “Golden Rainbow”, “Marriage Contract” dan “My Only One”.

Dia juga memenangi anugerah hebat seperti “Best Actress in A Special Project Category” pada 2016 dan “Best Actress In Feature-Length Drama Award” pada 2018 di majlis anugerah KBS Drama Awards.

uee5. Suzy (Miss A – 2011)

Suzy semestinya ahli Miss A yang sehingga kini masih kekal relevan dalam industri nyanyian juga lakonan. Tampil dalam drama “Dream High” sebagai Go Hyemi pada 2011, nyatanya ia tidak mudah bagi Suzy. Menerima kritikan hebat di awal karier lakonannya, Suzy tidak berhenti di situ sahaja.

Pelbagai drama sudah dilakonkan, namun lakonannya dalam “Uncontrollably Fond”, “While You Were Sleeping”, “Startup” dan “Anna”, merupakan antara projek yang berjaya melonjakkan lagi namanya untuk berada setaraf dengan pelakon lagenda yang lain.

suzy6. Jung Eunji (Apink – 2012)

Mula berkecimpung dalam dunia lakonan menerusi drama “Reply 1997” pada 2012, Eun-ji yang memegang watak sebagai Seong Si-won tampaknya mula meninggalkan impak dalam industri lakonan. Walaupun itu merupakan titik permulaan baginya, dia sudah memenangi anugerah “Best New Actress in TV” pada 2013 di majlis “49th Baeksang Arts Awards in 2013”.

Terbaru, Eun-ji membintangi drama “Work Later, Drink Now” dan memegang watak sebagai Kang Ji-gu, dan dia mula meraih perhatian penonton semula. Drama itu juga dikhabarkan bakal memulakan penggambaran untuk musim kedua.

Sekarang ini pula, drama terbaru Eun-ji, “Blind” sedang bersiaran. Korang tengok tak? Hebat ek Eun-ji!

eunji7. L (INFINITE – 2010) 

Mula debut pada 2010, L yang merupakan ahli kumpulan INIFINITE turut melangkah masuk ke industri lakonan. Bermula sebagai ‘cameo’ menerusi drama SBS, “Master’s Sun”, L memegang watak sebagai versi muda So Ji-sub.

Pada 2014, dia menjadi watak sampingan dalam drama MBC, “Cunning Single Lady” dan juga drama SBS, “My Lovely Girl”. Terkini, pada 2020, L menerajui drama romantik fantasi “Welcome” di mana dia berubah dari seekor kucing kepada seorang manusia. Pada Disember 2022, L menerajui drama comedi bersejarah, “Royal Secret Agent”. Dah banyak tau drama L berlakon!

l infinite8. Choi Sooyoung (Girls’ Generation – 2008)

Selain kerjaya sebagai penyanyi, Soo-young turut menjengah ke industri lakonan pada tahun 2008, menerusi drama “Unstoppable Marriage” dan menerusi filem pada “Hello, Schoolgirl.” Dia mula menerajui drama terkenal seperti “The 3rd Hospital” (2012), “Dating Agency: Cyrano” (2013), “My Spring Days” (2014), “Squad 38” (2016) dan “Man Who Sets the Table” (2017-2018).

Antara drama Soo-young yang berjaya melonjakkan lagi namanya adalah, “Run On”, “Tell Me What You Saw”, “So I Married The Anti-fan” dan terbaru, “If You Wish Upon Me”. Serba-serbi boleh Soo-young ni!

sooyoung9. Krystal Jung (f(x) – 2013)

Namanya mula melonjak naik dalam dunia lakonan dek kerana drama hit “The Heirs” pada tahun 2013. Lalu Krystal terus mengukuhkan nama sebagai pelakon menerusi drama “My Lovely Girl”, yang mana dia bergandingan bersama pelakon lagenda, Rain.

Sehingga kini, bakat lakonan Krystal selayaknya dipuji kerana perkembangan wataknya kian membuahkan hasil. Setakat ini, Krystal sudah membintangi pelbagai filem dan drama dan antaranya adalah, “Bride of The Water God”, “The Player” “Search”, “More Than Family”, “Police University”, “Crazy Love” dan banyak lagi.

Walaupun kini, Krystal banyak berlakon, namun kerjayanya sebagai penyanyi masih berjalan tau! Dua dalam satu gitu!

krystal10. Park Hyungsik (ZE:A – 2012)

Ini kalau korang tak tahu, memang mustahil! Pada 2010, Park Hyung-sik mula debut sebagai penyanyi dalam kumpulan ZE:A. Namun, dia mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada 2012, yang mana Hyung-sik membintangi drama “I Remember You”. Pada tahun yang sama, dia turut menerajui drama “Dummy Mommy” dengan memegang watak sebagai seorang vokalis band indie.

Namanya mula dikenali dalam dunia lakonan selepas dia menerajui drama hit, “The Heirs”, dan sejak itu, Park Hyung-sik terus menjadi rebutan para produksi. Antara drama terkenal lakonannya adalah, “High Society”, “Hwarang: The Poet Warrior Youth”, “Strong Girl Bong-soon”, “Happiness”, dan banyak lagi!park hyungsik

Ha, mana satu pelakon kegemaran korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...