Ikuti Kami:

Bakal Comeback Mei Ini, iKON Kongsi Judul Album Mini Terbaru

Bakal Comeback Mei Ini, iKON Kongsi Judul Album Mini Terbaru

Kumpulan penyanyi lelaki yang bernaung dibawah YG Entertainment dan kini hanya bergerak bersama 6 orang ahli setelah seorang ahli kumpulan menarik diri, iKON khabarnya sudah berkongsi tajuk album mini terbaru untuk comeback akan datang.

Untuk pengetahuan, single digital “WHY WHY WHY” merupakan comeback terakhir mereka di mana ia dilancarkan pada Mac 2021 lalu dan kini mereka kembali dengan album mini ke-4.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi iKON, poster itu menyatakan bahawa album terbaru ini bertajuk “FLASHBACK” dan ianya akan dilancarkan pada 3 Mei nanti.

Melihatkan poster yang dikongsi di Instagram, rata-rata peminat meluahkan rasa tak sabar menantikan konsep apa yang akan diperkenalkan untuk comeback kali ini.

Dalam pada itu, video konsep teaser yang dikongsikan beberapa hari lalu turut menerima pelbagai reaksi sehingga berjaya meraih tontonan yang banyak hingga kini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton video teaser tersebut dan tinggalkan pendapat anda juga di ruangan komen okay?

Nantikan comeback mereka Mei ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...