Ikuti Kami:

iKON Lancar Poster Untuk Comeback Terbaru Jun Ini

iKON Lancar Poster Untuk Comeback Terbaru Jun Ini

Kumpulan penyanyi lelaki dari Korea Selatan ini semestinya amat dikenali dalam dunia industri muzik K-Pop yang ditubuhkan oleh YG Entertainment pada 2015. Terbaru, mereka mengesahkan akan buat comeback terbaru di Seoul pada Jun ini.

Comeback terbaru mereka telah disahkan sendiri oleh YG Entertainment setelah album yang dikeluarkan sejak setahun lalu. Jenis dan tarikh album itu dikeluarkan setakat ini, belum diumumkan lagi namun iKON sendiri telah mengesahkan akan mengadakan konsert pada 25 dan 26 Jun bertempat di Olympic Hall, Olympic Park, Seoul.

Susulan dengan perkhabaran itu, ia telah berjaya menimbulkan keterujaan dalam kalangan para peminat yang amat menantikan comeback mereka. Tambahan pula, apabila iKON sendiri telah mengumumkan bahawa mereka sudah tamat merakamkan muzik video untuk lagu terbaru mereka melalui siaran lansung Naver V.

Berdasarkan poster yang dimuat naik oleh akaun rasmi iKON itu sendiri (@withikonic), kelihatan banyak komen-komen peminat yang teruja dan sangat menantikan konsert comeback mereka pada Jun ini.

Poster tersebut turut meninggalkan satu pandangan yang berkesan dalam kalangan peminat disebabkan oleh simbol kumpulan mereka yang berwarna merah yang turut membawa maksud iKON dalam bentuk tiga dimensi. Perkataan ‘NEW ALBUM’ juga berada di bahagian bawah poster tersebut berjaya meningkat kekaguman dalam kalangan peminat. Jadi, jangan lupa tunggu kelancaran comeback terbaru mereka!

Siapa bias korang dalam iKON?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...