Ikuti Kami:

Bakal Buat Kemunculan Semula, D.O EXO Kongsi Perkembangan Aktiviti Solo Selepas Keluar SM

Bakal Buat Kemunculan Semula, D.O EXO Kongsi Perkembangan Aktiviti Solo Selepas Keluar SM

D.O EXO akan mengeluarkan album baru tak lama lagi!

Pada 3 Januari, media telah mengesahkan bahawa D.O EXO atau nama sebenarnya Do Kyung-soo akan mengeluarkan album solo baru sebagai projek pertama bagi tahun 2024.

Ahli EXO tersebut dikatakan bakal membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo pada April atau Mei 2024, serta telah menerima beberapa buah lagu daripada penerbit-penerbit terkenal.

Terlebih dahulu, D.O telah mengeluarkan album mini keduanya pada September 2023 sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat SM Entertainment pada bulan November tahun yang sama.

do exo

Dalam masa yang sama, ahli EXO ini juga bakal terlibat di dalam penggambaran filem baru “Sculpture City”. Di mana, dia telah mencabar diri untuk melakonkan watak jahat buat pertama kali dan penggambaran bagi filem ini akan dimulakan pada penggal kedua 2024.

Sibuk betul D.O tahun ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...