Ikuti Kami:

Cabar Diri Berlakon Drama Sejarah, Suho EXO Sah Terajui ‘The Crown Prince Is Missing’

Cabar Diri Berlakon Drama Sejarah, Suho EXO Sah Terajui ‘The Crown Prince Is Missing’

Suho EXO akan kembali menemui peminat di kaca TV dengan drama terbarunya tak lama lagi!

Pada 3 Januari, MBN telah mengesahkan bahawa watak utama bagi drama terbaru yang berjudul “The Crown Prince Is Missing” akan dilakonkan oleh Suho EXO.

Drama sejarah yang berunsurkan romantik komedi ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota yang bernama Lee Geon (Suho), yang menjadi sasaran kepada seorang wanita yang ingin menduduki takhta.

Dalam masa yang sama, drama yang diarahkan oleh pengarah “Kill Me, Heal Me” ini telah mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya teruja untuk melihat percubaan pertama Suho untuk berlakon di dalam drama sejarah serta keunikan yang akan ditunjukkan oleh ahli EXO ini.

suho exo

Terlebih dahulu, ahli kumpulan EXO ini sudah banyak berlakon di beberapa buah drama serta muzikal terkenal.

Malah disebabkan lakonan hebatnya juga, Suho telah memenangi pelbagai anugerah besar termasuk Anugerah Persembahan Lakonan Terbaik.

Sementara itu, drama “The Crown Prince Is Missing” ini telah dijadualkan untuk tayang pada penggal pertama tahun 2024.

Tak sabarnya nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...