Bakal Buat Comeback, Jimin Bekas Ahli AOA Berkerjasama Dengan Agensi Baru
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Bekas ahli AOA, Shin Ji-min dikhabarkan telah menemui agensi baru dan kini merancang untuk meneruskan pelan aktiviti dalam industri hiburan. Wah, dia kembali!
Terbaru, agensi Shin Ji-min, ALO MALO Entertainment menyatakan bahawa,
Kami sudah menandatangani kontrak eksklusif bersama Shin Ji-min.
Ji-min turut menyatakan bahawa,
Saya kembali bersama satu agensi baharu. Saya sudah lama memikirkan hal ini dan banyak menghabiskan masa yang lama untuk menilai semula perkara yang lepas. Saya masih cuba berhati-hati namun saya akan mengorak langkah satu demi satu. Tolong berikan sokongan untuk aktiviti saya di masa hadapan.
Omoo, dah lama kan tunggu comeback Ji-min? Korang kena sokong dia kaw-kaw okay! Semoga berjaya untuk perjalanan baru, Ji-min!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




