Utama Rancangan Hiburan “Ibu Cakap Saya Tak Perlu Bertahan” – Chanmi Menangis Kongsi Isu Buli...

“Ibu Cakap Saya Tak Perlu Bertahan” – Chanmi Menangis Kongsi Isu Buli AOA

chanmi aoa

Melalui siaran episod “Yoo Quiz On The Block” baru-baru ini, Chan-mi AOA dan ibunya Lim Chun-sook membuat penampilan sebagai tetamu bersama-sama.

Sebelum ini, ibu Chan-mi, Lim Chun-sook yang merupakan seorang pengarah salon rambut pernah muncul dalam siaran “Yoo Quiz On The Block” untuk berkongsi mengenai penerimaan beberapa orang remaja yang memberontak di dalam jagaannya di mana dia menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk mereka.

Ketika ditanya tentang alasannya untuk berbuat demikian, Lim Chun-sook menjawab,

Jika ada yang melarikan diri, tidak mempunyai wang, saya akan memberi mereka makan dan menyediakan mereka tempat tidur, jadi mereka akan menjadi selesa secara psikologi dan emosi.

Jangan lakukan perkara yang tidak baik. Saya boleh mengetahui nombor telefon ibu bapa mereka sambil menghiburkan mereka. Selepas menghubungi ibu bapa mereka dan memberitahu mereka untuk bertenang, saya membawa anak-anak bersama saya dan mengembalikan mereka semula kepada ibu bapa mereka.

chanmiChan-mi mengulas,

Saya berasa bangga dengan ibu saya. Semasa saya muda, saya fikir semua salun rambut adalah seperti ini. Ibu saya memulakan perkhidmatan sukarelawan belia ketika saya berumur 20-an dan apabila memikirkan usia saya sekarang, saya fikir ia sangat menakjubkan.

Chan-mi kemudiannya berkongsi mengenai skandal buli AOA, berikutan tuduhan bekas ahli AOA, Mina terhadap Jimin. Chan-mi menyatakan,

Setahun yang lalu, saya sangat keliru sehingga saya pernah memberitahu ibu saya “Perlukah saya berhenti?”

Apabila saya berkata begitu, ibu saya menjawab “Berhentilah. Jika Chan-mi tidak berpuas hati dan mahu berhenti, maka awak harus berhenti melakukannya.”

Jadi saya memberitahunya “Ibu, saya hidup dengan karier ini sehingga sekarang. Jika saya berhenti, saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan untuk mencari rezeki.'”

Tetapi ibu saya memberitahu, saya boleh bekerjasama dengannya di salun rambut.

chanmiChan-mi menambah,

Memandangkan saya menyedari bahawa saya boleh berhenti bila-bila masa saya mahu berhenti, saya mula fikir bagaimana saya harus terus melangkah lebih jauh. Jadi, saya sangat berterima kasih kepada ibu saya. Semua orang hanya memberitahu saya untuk bertahan. Saya bersyukur kerana dia memberitahu saya bahawa saya tidak perlu bertahan.

Seorang ibu pastinya akan menjadi seorang figura yang paling memahami dan dapat membaca buah fikiran anak-anak mereka. Beruntung Chan-mi bila mempunyai seorang ibu yang sangat mengerti dirinya.

Semoga hubungan ibu dan anak ini akan terus harmoni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERXSports News
Loading...