Ikuti Kami:

Bakal Bersiaran Januari Ini, Filem ‘Phantom’ Lakonan Park Sodam & Honey Lee Jadi Bualan Penonton

Bakal Bersiaran Januari Ini, Filem ‘Phantom’ Lakonan Park Sodam & Honey Lee Jadi Bualan Penonton

Filem “Phantom” lakonan Honey Lee dan Park So-dam kini dah menyiarkan teaser terbaru!

Filem pengarahan Lee Hae-young, “Phantom” adalah filem yang mengisahkan cabaran beberapa orang suspek yang telah dikurung di sebuah hotel terpencil dan salah seorang daripada mereka sebenarnya adalah seorang pengintip ‘phantom’. Demi mencari seorang ‘phantom’ tersebut, kesemua suspek di dalam bilik itu, perlu membuktikan bahawa mereka bukan ‘phantom’ tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Honey Lee, Park So-dam, Sol Kyung-gu, Park Hae-soo dan juga Seo Hyun-woo. Honey Lee yang membawa watak sebagai Park Cha-kyung, yang bertanggungjawab ke atas rekod komunikasi dan kriptografi untuk Ketua Kerajaan. park sodamManakala, Park So-dam pula bakal membawa watak sebagai Yuriko, seorang setiausaha ketua hal ehwal politik Kerajaan walaupun berbangsa Korea.

Melihat kepada watak Yuriko, Park So-dam berkata,

Memandangkan watak ini merupakan watak yang tidak dapat dijangka, saya cuba memikirkan bagaimana saya boleh membawa watak ini dengan pelbagai cara. 

Pengarah Lee Hae-young yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Park So-dam dalam “The Silenced”, berkata,

Walaupun saya pernah memberikan tips kepadanya dalam drama projek sebelum ini, dia sentiasa memainkan peranannya dengan baik dan berjaya menghidupkan wataknya dengan penuh semangat. 

park haesooPelakon Park hae-soo juga berkata,

Dari hari pertama saya dipilih untuk memegang watak ini, setiap hari saya berlatih 5 hingga ke 6 jam sehari untuk menjayakan watak ini. Saya rasa saya perlu berlatih sebanyak mungkin supaya saya dapat membetulkan kesilapan saya dalam bahasa luar. Saya akan buat yang terbaik. 

Filem ini dijangka bakal mula ditayangkan pada 18 Januari yang akan datang. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...