Sebagai seorang pelakon, Gong Yoo pastinya ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga di hadapan umum.
Terbaru pada 9 Mac, Gong Yoo telah memuat naik foto hidangan makan malamnya di Instagram Story, membuatkan peminat kagum dengan rutin pemakanannya.
Khususnya dalam gambar yang dikongsi, pelakon “Train to Busan” itu dilihat sedang menikmati salad, yang dicampur dengan dada ayam, cendawan, brokoli, tomato ceri dan bahan-bahan lain yang bagus untuk diet yang sihat.
https://twitter.com/Gongyoofrance/status/1633795634669953026?s=20
Sementara itu, Gong Yoo telah menerima tawaran untuk bergandingan dengan Seo Hyun-jin dalam drama Netflix baru berjudul “Trunk”, yang mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan.
Dah lama kan Gong Yoo tak berlakon drama?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉