Dengar sahaja nama Song Hye-kyo dan Han So-hee, pastinya semua dah tak sabar menantikan gandingan mereka di dalam drama “The Price Of Confession” kan?
Bagi yang tidak mengetahui, siri itu membawa kisah kronikal di antara dua wanita yang terlibat dalam satu kes pembunuhan.
Sudah mula mengusik dan menaikkan jangkaan peminat, interaksi antara kedua pelakon hebat itu sentiasa dinantikan semua di Instagram.
View this post on Instagram
Terbaru, Song Hye-kyo tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya apabila meninggalkan komen pujian buat entri Han So-hee,
Cantiknya.
Dalam pada itu, tiada lagi informasi spesifik mengenai “The Price Of Confession” setakat ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily