Ikuti Kami:

Bakal Berlakon Bersama Kim Taeri & Shin Yeeun, Kim Hieora Dilamar Sertai ‘Jeong Nyeon’

Bakal Berlakon Bersama Kim Taeri & Shin Yeeun, Kim Hieora Dilamar Sertai ‘Jeong Nyeon’

Selain Kim Tae-ri dan Shin Ye-eun, pelakon Kim Hieora bakal sertai drama baru!

Terbaru, agensi pelakon Kim Hieora telah mengumumkan kepada pihak media bahawa mereka sedang mempertimbangkan tawaran untuk sertai drama “Jeong Nyeon”.

Memang betul kami mempertimbangkan secara positif penampilannya dalam drama ‘JeongNyeon’.

kim hieora

Untuk maklumat, drama “Jeong Nyeon” diadaptasi dari webtoon Naver dengan nama yang sama, dan membawa kisah Jeong-nyeon, seorang gadis yang dilahirkan dengan bakat nyanyian hebat, memasuki kumpulan teater wanita sejurus selepas Perang Korea pada 1950-an.

Sebelum ini, Kim Tae-ri dan Shin Ye-eun dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk membawa watak Yoon Jung-nyeon dan Heo Young-seo dalam drama yang sama.

Tak sabarnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...