Ikuti Kami:

Bakal Bergandingan, Lee Yeonhee, Hong Jonghyun, Moon Sori & Yunho TVXQ Sah Terajui Siri Disney Plus ‘Race’

Bakal Bergandingan, Lee Yeonhee, Hong Jonghyun, Moon Sori & Yunho TVXQ Sah Terajui Siri Disney Plus ‘Race’

4 pelakon ini sudah disahkan bakal terajui drama terbaru!

Pelakon-pelakon hebat seperti Lee Yeon-hee, Yun-ho TVXQ, Hong Jong-hyun dan juga Moon So-ri kini disahkan bakal jadi teraju utama bagi siri Disney Plus, “Race”.

Siri Disney Plus, “Race” ini mengisahkan mengenai drama di sebuah pejabat yang mana seorang pekerja, Park Yoon-jo yang berkerja tanpa sebarang kelayakkan namun hanya berlandaskan minatnya. Kisahnya bermula apabila dia bertemu dengan idolanya dan perjalanan kariernya bermula dengan sengit sejak itu. lee yeonheeWatak Park Yoon-jo akan dilakonkan oleh Lee Yeon-hee yang hadir dari keluarga yang biasa dan tidak mempunyai tahap pelajaran yang tinggi. Manakala, Hong Jong-hyun akan membawa watak sebagai Ryu Jae-min, seorang pekerja syarikat yang amat dikenali dengan kebolehan bekerja yang cemerlang.

Moon So-ri pula bakal membawa watak sebagai Goo Yi-jung, seorang kakitangan perhubungan awam yang profesional dan menjalankan tanggungjawab kerjayanya dengan penuh rasional. Bagi Yun-ho TVXQ pula, dia akan membawa watak sebagai wakil agensi sebuah syarikat perhubungan awam, Seo Dong-hoon. Seorang pekerja yang berkarisma dan sangat berfikiran terbuka. moon soriSiri “Race” ini dijangka bakal menemui pemiant pada pertengahan tahun 2023. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...