Rasanya semua mengetahui bahawa Song Ji-hyo merupakan antara pelakon Korea yang disukai ramai kerana visualnya yang menawan.
Terbaru, “Running Man” berkongsi teaser untuk episod akan datang dengan tema ‘Bangsawan Mengamuk’
Disebabkan membawa inspirasi dari drama “Reborn Rich”, kesemua ahli dilihat menyarungkan pakaian seperti pewaris kaya dan bertelagah antara satu sama lain bagi mendapatkan harta.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian penonton ialah penampilan Song Ji-hyo yang kelihatan cantik selain lebih feminin dengan rambut yang semakin panjang kini.
Komen penonton,
Song Ji-hyo nampak cantik apabila mengikat rambutnya.
Cantiknya kakak Ji-hyo!
Pakaian Song ji-hyo nampak cantik sangat sejak kebelakangan ini. Nampak sedikit sahaja pun, dah tahu lawa.
Memang cantik pun kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉