Ikuti Kami:

“Awak Kan Pelakon?” – Ahli ‘Running Man’ Risau Lihat Penampilan Selekeh Song Jihyo

“Awak Kan Pelakon?” – Ahli ‘Running Man’ Risau Lihat Penampilan Selekeh Song Jihyo

Song Ji-hyo sememangnya dikenali kerana kecantikan yang dimilikinya namun tak lupa bahawa dia juga merupakan seorang yang ‘cool’.

Dalam episod terbaru ini, para ahli dan tetamu Joo Woo-jae menyambung bahagian kedua episod khas “Running Man Outing”.

Semasa menantikan ketibaan Yang Se-chan, kesemua mereka diberikan peluang untuk berehat dan bersembang panjang di dalam bilik disediakan. Buat beberapa ahli seperti Song Ji-hyo dan Yoo Jae-suk, mereka mengambil kesempatan untuk melelapkan mata buat seketika.

song jihyo

Situasi menjadi kelakar apabila Song Ji-hyo terjaga secara tiba-tiba dengan rambut tidak kemas apabila dipanggil pihak produksi. Usik Ji Suk-jin,

Awak dah macam patung rumput? Pergi salon ke tak?

Seloroh Haha pula,

Super Saiyan ke? Awak okay tak tu? Awak kan pelakon?

song jihyo

Tanya Song Ji-hyo kepada Yoo Jae-suk,

Saya okay je. Kenapa pelik sangat ke?

Jawab pengacara itu,

Saya suka apabila awak kelakar tapi tak adalah sejauh ini.

Aduh comel je Song Ji-hyo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...