Ikuti Kami:

Bahu Seluas Lautan Pasifik, Penampilan Baru Cha Eunwoo Buat Peminat Teruja

Bahu Seluas Lautan Pasifik, Penampilan Baru Cha Eunwoo Buat Peminat Teruja

Dia mula dah…

Cha Eun-woo baru-baru ini telah mempamerkan tubuh sasa yang berbeza daripada bentuk badannya sebelum ini. Malah peminat juga telah memberikan nama gelaran baru untuknya iaitu ‘bahu seluas Lautan Pasifik’.

Walaupun pelakon itu telah mendapat perhatian selama bertahun-tahun disebabkan visualnya, namun kali ini rata-rata penonton mula memberikan perhatian kepada susuk badannya selepas dia muncul di dalam drama terbarunya “A Good Day To Be A Dog” yang mula disiarkan pada 11 Oktober yang lalu.

Malah, terdapat peminat yang membuat perbandingan tubuh badannya semasa dia terlibat dalam drama “My ID Is Gangnam Beauty” pada tahun 2018 dan drama terbarunya “A Good Day To Be A Dog”.

eunwoo body

Ada juga yang membandingkan gambar dari pertama kali dia melakukan penampilan sulung dengan gambarnya yang terbaru.

eunwoo debut

Rata-rata komen peminat ialah,

Belakang badan dia dah macam atlit.

 

Seseorang tolong hentikan dia dari pergi gim.

 

Tolong jangan bersenam, awak dah kacak..rasa macam tak adil sangat dunia.

 

Dia kalau rambut panjang pun kacak.

 

Dia datang dari planet lain ke?

 

Bahu dia seperti lautan Pasifik.

Bahaya betul Cha Eun-woo ni, dah la kacak lepastu sado pulak tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...