Ikuti Kami:

“Bagusnya Ingatan Awak” – Masih Ingat Staf 12 Tahun Lalu, Sikap Peka Yoo Jaesuk Dipuji

“Bagusnya Ingatan Awak” – Masih Ingat Staf 12 Tahun Lalu, Sikap Peka Yoo Jaesuk Dipuji

Yoo Jae-suk seringkali dikenali sebagai seorang pengacara dan penghibur yang peka dan prihatin.

Terbaru pada siaran 22 Oktober program “Hangout with Yoo”, ahli diberi misi untuk menghantar dan melaksanakan tugas, di mana sahaja pekerjaan mereka diperlukan.

Dalam episod tersebut, Yoo Jae-suk, Jung Joon-ha dan Lee Mi-joo berada dalam satu kumpulan, dan mempunyai pekerjaan iaitu sebagai pelakon tambahan dalam drama.

Setibanya ketiga-tiga mereka di tempat kejadian, ahli diberikan peranan mereka sendiri dan perlu menyiapkan solek serta rambut untuk memegang watak tersendiri. Khususnya ketika Lee Mi-joo sedang disiapkan oleh seorang jurusolek, Yoo Jae-suk tiba-tiba menegurnya,

Maafkan saya..

yoo jaesuk

Yoo Jae-suk sepertinya mengenali jurusolek itu dan mengingat kembali bahawa ia adalah jurusolek yang sama pernah membantu dengan solek Yoo Jae-suk, ketika program “Infinity Challenge” yang disiarkan pada 12 tahun lalu. Jurusolek itu memberi respon,

Oh..orang tua pada masa itu.

Tegur Yoo Jae-suk,

Saya mengenali awak dengan segera.

Kagum dengan Yoo Jae-suk, Lee Mi-joo berkata,

Bagaimana awak boleh mempunyai ingatan yang begitu baik?

mbc hangout with yoo

Mesti terharu kan sebab Yoo Jae-suk ingat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...