Mempunyai isteri dan dua orang anak kini, Yoo Jae-suk pastinya akan melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya.
Terbaru pada siaran 19 Oktober program “You Quiz on the Block”, Kim Gyeol, seorang pengawal serangga perosak telah hadir sebagai tetamu.
Dalam episod tersebut, Kim Gyeol berkongsi bahawa dia sendiri yang akan bergerak menangkap serangga sekiranya menerima permintaan di platform jualan. Bukan sahaja itu, dia juga turut membasmi serangga perosak.
Mendengar kenyataan itu, Yoo Jae-suk sebagai pengacara memberi respon,
Saya takut dengan lipas, tetapi saya menangkapnya. Itulah sebabnya saya tidak boleh tidur lena sehingga subuh di rumah pada musim panas.
Tambah pengacara dan penghibur itu,
Anak-anak dan Na Kyung-eun (isteri) juga meminta saya menangkap serangga, jadi saya bangun pada pukul 2 pagi untuk menangkap serangga. Mereka tidak boleh untuk menangkap serangga.
Suami dan bapa penyayang la Yoo Jae-suk ni.