Ikuti Kami:

“Bagus Untuk Kerjaya..” – Honey Lee Kongsi Pendapat Soal Perkahwinan & Bergelar Ibu

“Bagus Untuk Kerjaya..” – Honey Lee Kongsi Pendapat Soal Perkahwinan & Bergelar Ibu

Umum pasti mengetahui bahawa Honey Lee sudah pun bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak kini.

Baru-baru ini, Honey Lee telah muncul dalam saluran YouTube “PSICK SHOW”, di mana dia ada berkongsi pemikirannya tentang perkahwinan dan mempunyai anak.

Pada awalnya, pelakon itu berkata,

Perkahwinan itu benar-benar baik. Mempunyai anak pula adalah satu keajaiban. Ia bagus untuk kerjaya saya sebagai pelakon.

Tambah Honey Lee lagi,

Saya rasa perkahwinan dan melahirkan anak adalah peluang yang sangat baik untuk wanita. Kehidupan boleh dipulihkan. Hidup berubah dan kami akan menghadapi pusingan kedua. Ia adalah langkah seterusnya.

honey lee lee sungyun

Mendengar pendapat pelakon wanita itu, Lee Sun-gyun yang turut berada di situ terus bersetuju dan berkata,

Perkahwinan itu bagus. Ia mempunyai banyak kelebihan. Ia sangat sukar, tetapi ia boleh menjadi motivasi untuk hidup saya.

Untuk pengetahuan, Honey Lee telah berkahwin dengan lelaki bukan selebriti pada Disember 2021 dan melahirkan cahaya mata perempuan pertamanya pada Jun lalu.

Semoga sentiasa berbahagia Honey Lee!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...