Dengar khabar Bae In-hyuk akan membintangi drama baru?
Terbaru, pelakon Bae In-hyuk telah disahkan terajui watak utama dalam sebuah drama adaptasi dari webtoon bertajuk “The Story of Park’s Marriage Contract”. Sebelum ini, Lee Se-young juga dilamar untuk sertai drama ini.
Untuk maklumat, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis dari zaman Joseon yang merentasi masa dan tiba pada zaman kini. Park Yeon-woo (lakonan Lee Se-young) merupakan seorang wanita baik yang tiba-tiba kehilangan suaminya pada malam pertama. Selepas itu, dia bangkit pada abad ke-21 dan berkahwin dengan seorang lelaki bujang bernama Kang Tae-ha (lakonan Bae In-hyuk) yang boleh berubah rupa menjadi lelaki bujang disebabkan oleh Park Yeon-woo.
Sedikit info, Bae In-hyuk pernah terajui 3 drama tahun lepas iaitu “Why Oh Soo-jae”, “Cheer Up” dan “Under The Queen’s Umberella”.
Fighting, Bae In-hyuk!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉