Ikuti Kami:

Pernah Ditawar, Bae Inhyuk Dedah Terpaksa Tolak Watak Putera Seongnam Atas Sebab Ini

Pernah Ditawar, Bae Inhyuk Dedah Terpaksa Tolak Watak Putera Seongnam Atas Sebab Ini

Bae In-hyuk memang tidak dinafikan antara pelakon yang sedang meningkat naik kini.

Terbaru, Bae In-hyuk telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berkongsi sedikit sebanyak tentang penampilan khasnya dalam “Under the Queen’s Umbrella”.

Untuk pengetahuan, dalam “Under the Queen’s Umbrella”, Bae In-hyuk membuat penampilan istimewa sebagai putera mahkota, iaitu putera yang sempurna dengan kecerdasan dan kemahiran untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, wataknya dibunuh dengan racun selepas dia cuba untuk selamatkan Ratu Hwa-ryeong (Kim Hye-soo).

Ketika sesi temu bual, Bae In-hyuk mendedahkan bahawa dia sepatutnya memainkan watak Putera Seong-nam pada awalnya,

Sebenarnya, saya berjumpa dengan pengarah beberapa kali untuk memainkan watak Seong-nam (lakonan Moon Sang-min). Tetapi, saya sudah pun terlibat untuk drama ‘Cheer Up’ dan itu menyebabkan konflik jadual. Jadi, saya fikir saya hanya akan fokus pada ‘Cheer Up’.

bae inhyuk

Kongsinya lagi mengenai penampilan istimewanya dalam drama berkenaan,

Kemudian, pengarah menghubungi saya dan memberitahu saya tentang peranan putera mahkota. Dia berkata dia mahu saya menyertainya. Jadi, saya memilih untuk membuat penampilan istimewa.

Walaupun babak Bae In-hyuk sekejap, ia tetap meninggalkan impak, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...