Ikuti Kami:

“Badan Saya Bergetar” – Wheein MAMAMOO Dedah Pernah Takut Naik Pentas

“Badan Saya Bergetar” – Wheein MAMAMOO Dedah Pernah Takut Naik Pentas

Eh, apa jadi ni?

Pada 18 Oktober, Wheein telah membuat penampilan di dalam rancangan “Idol Bomi” milik Bomi APINK. Mereka yang telah mengenali sesama sendiri selama 7 tahun itu telah berkongsikan banyak memori serta pengalaman mereka sepanjang bergelar penyanyi.

Di dalam rancangan itu Bomi telah bertanya,

Susah tak masa awak memulakan kerjaya solo awak dulu?

Wheein membalas,

Saya pernah mengalami ketakutan untuk berdiri di atas pentas masa saya mula-mula debut solo dulu. Sebelum ini saya tidak pernah rasa gementar, tapi masa hari itu saya terlalu takut sehingga badan saya bergetar dan saya benci sangat diri saya masa tu. Tangan saya pun sejuk dan berpeluh-peluh masa dekat atas pentas.

wheein

Ahli APINK itu bertanya lagi,

Awak dah baik ke sekarang? Apa yang patut saya buat. Kalau saya di tempat awak memang saya tak boleh dah nak teruskan.

Wheein menyambung,

Saya dah baik sekarang. Selepas saya dah kumpul pengalaman, saya sekarang mempunyai banyak masa terluang dan salah satu sebab saya dah baik mungkin kerana saya banyak berfikir.

wheein

Sambung ahli MAMAMOO itu lagi,

Saya banyak berfikir untuk menjadi lebih baik dan lebih hebat. Ramai yang cakap bahawa saya dah bagus, tapi saya masih lagi tidak berpuas hati dengan persembahan saya. Jadi saya nak bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Hebat kan Wheein sebab dapat atasi masalah ni. Bukan senang tau nak hilangkan perasaan takut tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...