Sejak kebelakangan ini, Seo Ji-hye sememangnya sibuk dengan pelbagai projek K-Drama.
Untuk pengetahuan, pada 2022, Seo Ji-hye telah terajui 3 K-Drama iaitu “Kiss Sixth Sense”, “Adamas” dan “Red Balloon”. Fuh sibuk betul kan?
Terbaru dalam temu bual yang dilakukan susulan tamatnya drama “Red Balloon” baru-baru ini, pelakon wanita itu bercakap mengenai penampilannya dalam tiga naskhah berturut-turut pada tahun lepas,
Saya rasa saya bertahan dengan kekuatan mental ketika penggambaran ‘Red Balloon’.
Tambahnya lagi,
Pada mulanya, badan saya berasa sedikit sakit. Saya makan ubat dan tak pernah ponteng waktu makan. Saya rasa saya juga bekerja keras untuk mengawal minda.
Semoga Seo Ji-hye sentiasa sihat!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉