Ikuti Kami:

Badan Ideal, Ini Antara 6 Artis Punyai Rutin Senaman Istimewa Meskipun Sibuk Bekerja

Badan Ideal, Ini Antara 6 Artis Punyai Rutin Senaman Istimewa Meskipun Sibuk Bekerja

Terdapat banyak perkara yang dikagumi ramai tentang bintang Hallyu. Daripada lakonan mereka yang mengagumkan sehinggalah ketampanan yang bikin ramai terpikat.

Korang mesti perasan kan ramai selebriti Korea ini mempunyai badan yang tegap dan cantik bila dipandang. Tetapi bagaimana sebenarnya mereka melakukannya?

Son Yejin

Pilates bukanlah perkara baru untuk bintang “Crash Landing on You”, Son Ye-jin. Semasa penampilannya di rancangan variasi SBS “Master in the House”, dia mendedahkan bahawa dia telah menghadiri kelas di studio pilates yang sama selama lebih sedekad. Selain daripada menjadikan pilates sebagai rutin kecergasan, dia juga seorang pengajar berlesen TXR atau dikenali sebagai Senaman Ketahanan Badan.

Song Joongki 

Jika korang pernah menonton adegan Song Joong-ki bersenam dalam drama “Descendants of the Sun”, maka korang sudah tahu bahawa pelakon ini selalu bersenam dan mempunyai rutin penjagaan badan tersendiri. Sebahagian daripada rutin itu ialah sentiasa menghadiri kelas pilates. Dalam satu temu bual, dia berkongsi bahawa dia sangat berdedikasi untuk senaman hariannya.

Saya sebenarnya memulakannya untuk tujuan pemulihan kerana saya cedera lutut pada masa lalu. Tetapi sekarang, hati saya berasa segar apabila saya melakukan pilates setiap pagi.

Jun Jihyun 

Sama seperti Song Joong-ki, Jun Ji-hyun suka bersenam pada awal pagi. Pelakon wanita drama “Kingdom” itu menyebut senaman kecergasannya melibatkan satu jam kardio sebelum dia memulakan aktiviti pilates sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Han Jimin

senaman dipraktikkan selebriti korea

Han Ji-min yang terkenal dengan wataknya dalam “Familiar Wife” dan “One Spring Night”, pernah menyebut bahawa dia melakukan yoga dan pilates untuk mengekalkan kesihatan dan imej mudanya. Dua aktiviti ini wajib dilakukan sekurangnya seminggu sekali walaupun dia mempunyai jadual kerja yang padat.

Gong Yoo

senaman dipraktikkan selebriti korea

Pelakon berusia 44 tahun itu pernah beberapa kali berkongsi mengenai rutin senaman dan dietnya. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam beberapa wawancara dengan jurulatih peribadinya. Rutin senaman Gong Yoo termasuk chest presses, bench presses dan dip machine.

Shin Sekyung

senaman dipraktikkan selebriti korea

Pelakon “Run On”, Shin Se-kyung berkongsi dalam satu temu bual pada 2017 menyatakan bahawa dia juga peminat senaman pilates yang popular dalam kalangan artis itu. Malah, dia juga pergi ke studio pilates yang sama dengan bintang “My ID Is Gangnam Beauty”, Im Soo-hyang.

Pilates ni popular juga ye sebenarnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...