Ikuti Kami:

BABYMONSTER Bakal Melakukan Penampilan Sulung November Ini

BABYMONSTER Bakal Melakukan Penampilan Sulung November Ini

Penantian bakal berakhir!

Ramai yang sedang menunggu maklumat baru tentang kumpulan wanita yang bakal dikeluarkan oleh YG Entertainment iaitu BABYMONSTER.

Pada 10 Oktober, YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi di portal rasmi milik mereka menyatakan bahawa BABYMONSTER bakal membuat penampilan sulung pada November ini.


Bagi yang tidak mengetahui, BABYMONSTER ialah kumpulan wanita yang diperkenalkan tujuh tahun selepas BLACKPINK debut. Malah, walaupun masih belum bergelar penyanyi, peminat sudah mula menyukai kumpulan ini.

Dalam masa yang sama, BABYMONSTER juga telah berjaya mendapatkan lebih 3.12 juta pengikut rasmi di YouTube dan bilangan kumulatif tontonan video mereka melebihi 450 juta.

baby monster

BABYMONSTER merupakan kumpulan wanita yang terdiri daripada 7 ahli yang datang dari pelbagai negara termasuk Korea, Thailand, dan Japan. Kumpulan ini sepatutnya melakukan debut pada bulan September yang lalu namun, ianya telah ditunda disebabkan hal-hal yang tertentu.

Kata YG Entertainment,

Kami sedang berhati-hati dalam memilih tajuk lagu bagi menghasilkan hasil yang terbaik. Disebabkan itu, penampilan sulung bagi BABYMONSTER akan tertunda sedikit dari bulan September.

Wah! Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...