Ikuti Kami:

2010 Kali Terakhir Dilihat, Rapper & Penerbit Dari YG Entertainment Dilapor Dah 10 Tahun ‘Hilang’

2010 Kali Terakhir Dilihat, Rapper & Penerbit Dari YG Entertainment Dilapor Dah 10 Tahun ‘Hilang’

Ada berita mengejut mengenai kehilangan seorang bekas rapper dan komposer dari YG Entertainment.

Terbaru, satu hantaran bertajuk ‘Komposer YG yang hilang selama 10 tahun’ telah dimuat di pelbagai laman komuti dalam talian.

Untuk pengetahuan, lelaki yang dimaksudkan adalah penerbit dan rapper Amerika yang dikenali sebagai Perry. Perry telah telah terlibat dalam beberapa pembikinan album untuk kumpulan di agensi tersebut seperti JINUSEAN dan BIGBANG.

Namun selepas kemunculan Teddy sebagai penerbit yang didakwa lebih hebat daripadanya, Perry telah membawa diri ke luar negara dan kontraknya bersama YG juga tamat pada 2015.

perry yg entertainment

Apa yang mengejutkan ramai, keluarga Perry mendakwa bahawa lelaki itu kali terakhir dilihat di Los Angeles pada 2010 dan keberadaannya masih misteri sehingga kini.

Meskipun dikatakan ‘hilang’, ada yang membuat spekulasi bahawa dia menghilangkan diri kerana konflik dengan YG atau mungkin tinggal di suatu tempat bersendirian selepas memutuskan hubungan dengan keluarganya.

Kini, keluarga Perry sedang cuba untuk menjejaki di mana dia berada, melalui pelbagai hantaran di sosial media.

Semoga yang baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...