Utama Celebrity News ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Song Joongki & Isteri Dilihat Luang Waktu Bersama...

‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Song Joongki & Isteri Dilihat Luang Waktu Bersama Di Itali

song joongki katy louise saunders

Sukanya tengok kehidupan bahagia pasangan Song Joong-ki dan isterinya Katy Louise Saunders, kan?

Terbaru pada 20 April, media hiburan di Cina melaporkan bahawa Song Joong-ki dan isterinya Katy Louise Saunders dilihat sedang bersiar-siar di Rom, Itali sambil memuat naik beberapa gambar pasangan itu.

Dalam gambar yang dikongsi, pasangan itu tampil dengan pakaian kasual dan memakai cermin mata hitam, kelihatan ceria dengan tidak begitu risau tentang persekitaran mereka.

Pada masa yang sama, ‘baby bump’ Katy juga jelas kelihatan, menarik perhatian ramai dengan aura ibu mengandung wanita itu. Cantik sangat!

song joongki wife

Untuk pengetahuan, pada Februari lepas, Song Joong-ki telah membawa isterinya pergi ke Hungary untuk penggambaran filem Netflix “My Name is Loh Kiwan”.

Semoga kekal berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERHerald POP
Loading...